Remuknya rasa gundah

Tatkala biduan mematikan
sepercik nyala api dari seberang,
kumpulan bintang cahaya terpancar gemulai seakan tak mahu padam.
Tepat bersarang....
Penuhi seluruh ruang sanubari.

Meskipun sekejap datang,
hangatnya terasa enggan menghilang.
Di antara mimpi,dicela-cela hati....
Merajut rindu,menunggu janji.
Meskipun cerita telah berlalu 1000 hari
dan tinggalkan semua kesan terindah yang terpaut dalam tirisan gundah.

Malam makin hening....
Hati mencuba menerapkan risau ditepian masa.
Dalam hati ku bertanya,
"dari siapakah api itu menyala?"
Hangatnya enggan padam....
Enggan redup dan hilang....
Siapakah kamu....?
Siapakah dihati mu....?

Kini hati ku merasa rindu....ingin tahu.
Engkau datang tanpa bayang.
Engkau sirna seakan terus ada.
Didingin malam,disejuknya pagi.
Diriuhnya awan,menjelang datang bersama jingganya senja.

Obsesi....
Biduan cinta....
Kegilaan seakan terasa,
benar-benar gila.
Mungkin aku gila atau hampir gila.
Aku tak tahu tapi ku ingin tahu yang jelas dan yang pasti....!!
Siapakah kamu itu....?


0 komentar:

Posting Komentar

 
Animated Chocolate Heart Shiny Love

Translate