Ku panjatkan doa untuk ibu

Cukup lama kau timang aku 
dalam kandunganmu hingga tangis pertama ku 
pecah bergema sayup-sayup terdengar.
Kini aku mulai tahu 
bahawa seorang ibu tua telah jauh memimpin langkah ku
dari lahir hingga kini ku bisa berdiri tegak dibumi ini.
Ibu juga telah ukir nama ku dengan setengah dari nyawanya.
Doa ibu telah terucap dan ku dengar ditelinga ku.
Bahwa ibu telah panjatkan semua doanya 
untuk segala rasa takut dan khuatir 
ke dalam tangan kuasa mu Tuhan.
Agar kau curahkan sepercik kuasa mu 
ke dalam diriku untuk ku pakai bertahan hidup 
dengan bakat yang ada pada ku sebagai anugerah dari mu.
Itulah puji syukur 
yang telah ia panjatkan sejak aku masih ada dalam rahim sucinya.
Kini aku tahu 
bahawa kaulah Tuhan ku 
yang maha pengasih yang hidup diatas segala zaman.
Ku panjatkan doa 
tulus untuk seorang wanita tua 
yang telah melahirkan ku yang ku panggil ibu.
Yang telah membagi darahnya untuk ku 
dan juga berikan sekeping tulangnya untuk kuatkan raga ku
dalam mengharungi kehidupan ku diatas bumi ini 
yang makin kejam.
Tuhan hanya pada dialah jiwa ku akan luruh 
dan hanya pada mu lah 
seluruh hidup ku akan sujud dan patuh.


0 komentar:

Posting Komentar

 
Animated Chocolate Heart Shiny Love

Translate